DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR 
1.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
 2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
 3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
 4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
 5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai 
kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi 
kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
 6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
 7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
 8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, 
sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan 
nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka 
berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
 9. Dibangkitkan dalam 
keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api 
kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara 
zalim.
 10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
 11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, 
bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala 
perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran 
kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
 12. Mereka yang 
dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama
 dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu
 ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga 
solat lima waktunya dengan berjemaah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment