ANTARA-ANTARA SIFAT SYAITAN .
➡Syaitan Suka Orang Yang Takbur & Bongkak.
 Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia apabila kita 
merasakan kita sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Namun kita
 terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatian yang dikurniakan itu boleh 
ditarik oleh Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Allah SWT berfirman 
yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.
 (an-Nahl:23)
 ➡ Syaitan Suka Orang Yang  Mempunyai Sifat Khianat.
 Khianat yang dimaksudkan disini adalah perbuatan yang suka merosakkan 
sesuatu yang menjadi milik orang lain. Tidak suka dengan kebahagiaan 
orang lai
n.
 ➡Syaitan Suka Orang Yang Bakhil Dan Kedekut.
 Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah 
SWT yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Orang yang kedekut 
selalunya begitu takut untuk mengunakan sebahgian daripada hartanya 
untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan, sama ada melalui 
kewajipan berzakat atau bersedekah.
 ➡Syaitan Suka Orang Yang Punya Sifat Hasad & Dengki.
 Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan 
dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
 Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu
 sebagaimana api memakan kayu yang kering. (riwayat Bukhari dan Muslim).
 ➡Syaitan Suka Orang Suka Berangan- Angan.
 Islam tidak suka kepada manusia yang suka berangan-angan mengharapkan 
rezeki datang bergolek. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi 
mencapai kecemerlangan dalam hidup mereka akan dipandang hina oleh Allah
 SWT dan juga manusia.
 ➡Syaitan Suka Orang Yang Suka Meremehkan Orang Lain.
 Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu 
itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang 
lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan 
dengan apa yang telah dia miliki. 
 ➡Syaitan Suka Orang Yang Suka Berburuk Sangka.
 Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan 
tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW 
bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang 
ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah 
sebenarnya yang telah rosak dirinya. (riwayat Muslim)
 🌹 Semoga kita semua dapat menjauhi sifat-sifat di atas supaya syaitan tidak boleh bertapak dalam hati kita...in shaa Allah
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment