Thursday, February 18, 2016

Jika ingin kebahagiaan, dekatkan diri pada Allah .

Pesan aku dari seorang wanita, kepada wanita yg lain.. Jagalah dirimu mulai dari sekarang..
Jagalah hubunganmu dengan Allah, kemudian susuli dengan menjaga hubunganmu dengan ibu bapa.


Persiapkan diri dengan Ilmu, tidak kira masih muda atau tua, tiada istilah terlalu awal atau terlewat dalam mencari ilmu.


Mahalkan dirimu. Jangan mudah jatuh dengan kata-kata manis sang Jaka. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan sekeliling. Jangan pernah tergugat dengan cabaran kawan-kawan. Buatlah sesuatu atas dasar keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Anggaplah diri kita sudah matang, dan bakal lalui fasa hidup yg seterusnya. Letakkan segala pengharapan pada Allah. Segala-galanya bermula dengan bertanya pada Dia. Atas segala masalah yg dilalui, segala sakit yg dirasai.. berdoa pada Dia selalu. Dalam kitabNya sudah tertulis bahawa Dia akan perkenankan doa-doa kita. Yakin.


Buat wanita, jagalah diri, hati dan iman. Jika ingin kebahagiaan, dekatkan pada Ilahi. Jika inginkan solehah, maka usaha perbaiki diri.
Ingat, tiada istilah lewat dalam hijrah. 😊


-Zhrhs-

ANTARA-ANTARA SIFAT SYAITAN .

Syaitan Suka Orang Yang Takbur & Bongkak.

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia apabila kita merasakan kita sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Namun kita terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatian yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. (an-Nahl:23)


Syaitan Suka Orang Yang Mempunyai Sifat Khianat.
Khianat yang dimaksudkan disini adalah perbuatan yang suka merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain. Tidak suka dengan kebahagiaan orang lai

n.

Syaitan Suka Orang Yang Bakhil Dan Kedekut.

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah SWT yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Orang yang kedekut selalunya begitu takut untuk mengunakan sebahgian daripada hartanya untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan, sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


Syaitan Suka Orang Yang Punya Sifat Hasad & Dengki.
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering. (riwayat Bukhari dan Muslim).


Syaitan Suka Orang Suka Berangan- Angan.
Islam tidak suka kepada manusia yang suka berangan-angan mengharapkan rezeki datang bergolek. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup mereka akan dipandang hina oleh Allah SWT dan juga manusia.


Syaitan Suka Orang Yang Suka Meremehkan Orang Lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang telah dia miliki.


Syaitan Suka Orang Yang Suka Berburuk Sangka.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (riwayat Muslim)

🌹 Semoga kita semua dapat menjauhi sifat-sifat di atas supaya syaitan tidak boleh bertapak dalam hati kita...in shaa Allah

Hati.

Hati ada 3 :
Qalbun Maridh
Qalbun Salim
Qalbun Mayit

Qalbun Mayit.
Hati yang mati. Teguran dibalas dengan cacian. Dambakan kuasa dan harta. Cintakan dunia dan takutkan mati. Hati gelap.

Qalbun Salim.
Hati yang sejahtera. Beriman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul. Suka kepada teguran dan benci kepada pujian. Sentiasa untuk Allah.

Qalbun Maridh
Hati yang sakit. Banyak buat maksiat tapi masih boleh diubati. Masih boleh menerima teguran dan ada usaha ke arah kebaikan.

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

1.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.


2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.


3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.


4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.


5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.


6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.


7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.


8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.


9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.


10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.


11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.


12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Aamiin..

MENANG, TAPI TETAP KALAH:

Kalau kita bergaduh dengan pelanggan..
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.


Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.


Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.


Kalau kita bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.


Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Kemesraan dan keberkatan ilmu itu akan hilang.


Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.


Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.


Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..


Renungan bersama....


Apabila kita menerima teguran atas kesilapan dan kesalahan kita usahlah terus melenting dan marah, bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita

INFO YG WAJAR DI KONGSI:

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.


2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )


3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.


4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.


5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).


6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.


7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.


8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).


9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.


10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.


12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.


13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).


14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )


Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.