Thursday, February 18, 2016

Jika ingin kebahagiaan, dekatkan diri pada Allah .

Pesan aku dari seorang wanita, kepada wanita yg lain.. Jagalah dirimu mulai dari sekarang..
Jagalah hubunganmu dengan Allah, kemudian susuli dengan menjaga hubunganmu dengan ibu bapa.


Persiapkan diri dengan Ilmu, tidak kira masih muda atau tua, tiada istilah terlalu awal atau terlewat dalam mencari ilmu.


Mahalkan dirimu. Jangan mudah jatuh dengan kata-kata manis sang Jaka. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan sekeliling. Jangan pernah tergugat dengan cabaran kawan-kawan. Buatlah sesuatu atas dasar keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Anggaplah diri kita sudah matang, dan bakal lalui fasa hidup yg seterusnya. Letakkan segala pengharapan pada Allah. Segala-galanya bermula dengan bertanya pada Dia. Atas segala masalah yg dilalui, segala sakit yg dirasai.. berdoa pada Dia selalu. Dalam kitabNya sudah tertulis bahawa Dia akan perkenankan doa-doa kita. Yakin.


Buat wanita, jagalah diri, hati dan iman. Jika ingin kebahagiaan, dekatkan pada Ilahi. Jika inginkan solehah, maka usaha perbaiki diri.
Ingat, tiada istilah lewat dalam hijrah. 😊


-Zhrhs-

ANTARA-ANTARA SIFAT SYAITAN .

Syaitan Suka Orang Yang Takbur & Bongkak.

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia apabila kita merasakan kita sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Namun kita terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatian yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. (an-Nahl:23)


Syaitan Suka Orang Yang Mempunyai Sifat Khianat.
Khianat yang dimaksudkan disini adalah perbuatan yang suka merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain. Tidak suka dengan kebahagiaan orang lai

n.

Syaitan Suka Orang Yang Bakhil Dan Kedekut.

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah SWT yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Orang yang kedekut selalunya begitu takut untuk mengunakan sebahgian daripada hartanya untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan, sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


Syaitan Suka Orang Yang Punya Sifat Hasad & Dengki.
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering. (riwayat Bukhari dan Muslim).


Syaitan Suka Orang Suka Berangan- Angan.
Islam tidak suka kepada manusia yang suka berangan-angan mengharapkan rezeki datang bergolek. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup mereka akan dipandang hina oleh Allah SWT dan juga manusia.


Syaitan Suka Orang Yang Suka Meremehkan Orang Lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang telah dia miliki.


Syaitan Suka Orang Yang Suka Berburuk Sangka.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (riwayat Muslim)

🌹 Semoga kita semua dapat menjauhi sifat-sifat di atas supaya syaitan tidak boleh bertapak dalam hati kita...in shaa Allah