1. TA'ARUFFAN
 Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di 
stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
 2. TAARIIHAN
 Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman 
sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
 3. AHAMMIYYATAN
 Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
 4. FAARIHAN
 Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
 5. AMALAN
 Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
 6. ADUWWAN
 Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila 
belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. 
Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau 
kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, 
mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
 Rasulullah SAW 
mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat
 yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat 
keburukanku dia sebarkan."
 7. HUBBAN LIMAANAN
 Sebuah ikatan 
persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana 
ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib 
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia 
doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta 
sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
 Dari 7 macam persahabatan di 
atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan 
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin 
kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) 
sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali 
persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
 Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Aamiin..
 
No comments:
Post a Comment